Maqis sita kayu dari Australia - Utusan Malaysia

Maqis sita kayu dari Australia

KIRA-KIRA 59.17 meter kubik kayu jenis tasmanian oak timber dirampas Maqis di NBCT, Pulau Pinang Jumaat kerana tidak mematuhi syarat import yang diluluskan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk kira-kira 59.17 meter kubik kayu jenis tasmanian oak timber di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini Jumaat lalu. 

Kayu yang diimport dari Australia yang dimuatkan di dalam dua buah kontena itu disita ketika pemeriksaan rutin Maqis negeri di NBCT pukul 4.30 petang. 

Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan berkata, muatan kayu bernilai RM361,769 itu disita bagi siasatan lanjut selepas didapati gagal mematuhi syarat import yang dinyatakan pada permit import yang diluluskan  Maqis. 

“Kegagalan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan pada syarat permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. 

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Noriah, Maqis negeri sentiasa bersedia melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara ini mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya