Mangsa banjir berbuka puasa di pusat pemindahan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir berbuka puasa di pusat pemindahan

MANGSA banjir berbuka puasa di Pusat Pemindahan Banjir (PPS) Dewan Chikus, Langkap dekat Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Mangsa banjir dari tiga buah kampung yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Chikus, Langkap di sini hari ini terpaksa berbuka puasa di PPS berkenaan.

Seorang mangsa banjir yang mahu dikenali sebagai Hayati berkata, banjir berlaku pada tengah hari tadi menyebabkan dia dan anak-anaknya terpaksa berpindah.

Katanya, ketika itu dia sedang berehat bersama anak-anaknyadi ruang tamu.

“Ruang tamu rumah dimasuki air yang naik begitu cepat. Ini kali kedua banjir melanda kediaman saya selepas dua bulan lalu yang menyebabkan kami sekeluarga berada di pusat pemindahan selama seminggu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Setakat pukul 8 malam tadi, PPS berkenaan yang dibuka pada pukul 3 petang tadi kini menempatkan 40 penduduk dari tiga buah kampung iaitu Parit 3 Chikus, Kampung Batu Pecah, Chikus dan Kampung Belakang Kedai, Degong.

Mangsa dari 12 buah keluarga terdiri daripada 12 lelaki, 12 perempuan dan 16 kanak-kanak.

Banjir kilat berlaku selepas air sungai Batang Padang melimpah akibat hujan lebat sehingga tengah malam tadi dan air sungai memasuki penempatan penduduk pada pukul 12 tengah hari ini.

Air naik setinggi satu meter di kawasan rumah penduduk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN