ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang didakwa gagal mengawal kenaikan harga dedak menjadi punca harga daging lembu tempatan naik mendadak pada musim Ramadan dan dijangka berlarutan hingga Hari Raya Aidilfitri. Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, kenaikan harga makanan haiwan ruminan itu memberi kesan langsung kepada penternak yang kemudian mempengaruhi harga daging lembu tersebut. Menurut beliau, harga dedak telah meningkat sebanyak RM2.50 bagi berat 50 kilogram (kg) pada minggu lalu. Katanya, keadaan tersebut menyebabkan harga dedak yang dijual di pasaran kini mencecah RM75…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya