Macam petang mantai - Utusan Malaysia

Macam petang mantai

ORANG ramai sudah beratur seawal pukul 7.30 pagi bagi membeli keperluan harian di Pasaraya Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Kesihatan negeri menggesa rakyat Melaka supaya menjaga prosedur operasi standard (SOP) selepas melihat masih ramai yang keluar membeli-belah di pasar raya sebagai persiapan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) Selasa ini.

Ingatan tersebut dikongsikan Jabatan Kesihatan negeri Melaka di laman sosial Facebook rasminya dengan menyifatkan keadaan orang ramai beratur panjang di pasar raya seperti ‘waktu petang mantai’. 

“Selamat tengah hari Melaka. Balik beli-belah, bersesak-sesak jangan lupa cuci tangan. Mandi terus lagi baik. 

“Semua lokasi beratur, semoga jarak terjaga dan virus tidak melekat. Macam petang mantai,” tulisnya ringkas. 

Sebelum itu, Jabatan Kesihatan negeri turut berkongsi tangkap layar data dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaparkan Melaka sebagai negeri tertinggi yang merekodkan kluster rentas negeri sepanjang 1 April sehingga 28 Mei lalu. 

Katanya, Melaka merekodkan sebanyak lapan kluster atau 40 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan di seluruh negara. 

“Daripada jumlah itu, negeri-negeri yang melaporkan kes kluster tertinggi ialah Melaka dengan lapan kluster (40 peratus), Terengganu tiga kluster (15 peratus) serta Kelantan, Perak dan Pahang dengan masing-masing dua kluster (10 peratus).

“Rentas negeri, Melaka meriah. Sama-sama ambil pengajaran, terima kasih yang patuh SOP,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya