MAB lapor polis ke atas dua individu sebar maklumat salah - Utusan Malaysia

MAB lapor polis ke atas dua individu sebar maklumat salah

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia Airlines Bhd. (MAB) membuat laporan ke atas dua individu yang menyebarkan maklumat salah mengenai penerbangan kargo dari India hingga menyebabkan berlakunya keresahan dalam kalangan masyarakat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MAB hari ini, laporan polis terbabit dibuat hari ini ke atas Wan Hilmi Wan Mohd Nor Hilmi dan Muhammad Fahmi Abdullah yang menyebarkan fakta yang salah sehingga tular dalam media sosial.

“Tuduhan individu tertentu bukan sahaja menjejaskan reputasi MAB tetapi satu ancaman ke atas kredibiliti negara dalam membendung penyebaran Covid-19.

“Penerbangan yang dibuat antara 1 hingga 3 Mei dari India melibatkan kargo P2C (penumpang-ke-kargo) yang membawa muatan barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier,” katanya.

Kenyataan itu menegaskan, tiada penumpang yang dibawa manakala semua kru iaitu juruterbang, jurutera, dan kru kabin kekal berada di atas kapal.

“Malah, mana-mana kru penyelenggaraan pesawat dari India dilarang memasuki pesawat yang berkenaan.

“Sejak kerajaan tidak membenarkan kemasukan warga India ke Malaysia pada 28 April 2021, MAB sudah membatalkan semua penerbangan dua hala Malaysia dan India,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAS Kargo di bawah kendalian MAB dan Suruhanjaya Penerbangan Awam (Mavcom) mengesahkan bahawa semua penerbangan itu adalah penerbangan kargo.

“Saya sangat kesal dengan penyebaran beberapa maklumat yang salah mengenai status penerbangan ini, namun memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan begitu prihatin dan peka dengan situasi di negara seluruh dunia dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan, ” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya