Lima PPV Mega akan dibuka di Selangor - Utusan Malaysia

Lima PPV Mega akan dibuka di Selangor

KHAIRY Jamaluddin (tengah) sewaktu mengadakan lawatan rasmi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum ia dibuka esok di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa (MITEC). - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan dibuka di Selangor bermula 7 Jun ini.

Dalam sidang akhbar di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengumumkan perkara itu selepas perbincangannya bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Saya ingin umumkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) telah membuat keputusan untuk meningkatkan lagi kapasiti pemberian vaksin di Lembah Klang. Bermula 7 Jun kita akan tambah beberapa PPV berskala mega di kawasan ini.

“Saya juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada menteri besar yang mana dengan itu, di Selangor, kita akan tambah tiga PPV mega iaitu di The Mines Convention Centre, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dan di Setia City Convention Centre,” katanya.

Selain itu, tambah Khairy, di Kuala Lumpur, dua lagi PPV Mega akan ditambah iaitu di KL Convention Centre dan pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kita juga akan meningkatkan kapasiti di sini (MITEC) dengan membuka lebih banyak lagi stesen suntikan dan dewan untuk digunakan sebagai PPV Mega.

“Minggu depan saya akan ke Pulau Pinang untuk membincangkan pembukaan PPV Mega di negeri itu dan selepas itu saya akan ke Johor untuk berbincang dengan kerajaan negeri Johor mengenai pembukaan PPV Mega,” katanya.

Khairy yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) turut mengadakan lawatan ke PPV MITEC, Kuala Lumpur yang akan mula beroperasi esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya