Lima pengganas Abu Sayyaf mati ditembak - Utusan Malaysia

Lima pengganas Abu Sayyaf mati ditembak

HAZANI Ghazali (kiri) bersama Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superitendan Yusoff Zaki Mat Yaacob (depan tengah) menunjukkan senjata yang berjaya dirampas dalam serbuan di Beaufort, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mabar Binda antara lima pengganas ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah kawasan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.27 pagi semalam, pasukan serbuan menembak mati kelima-lima Kumpulan Abu Sayyaf yang berusia antara 20-an hingga 40-an.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, ketika pasukan serbuan mengetuk pintu kedua-dua rumah yang dikenal pasti itu, salah seorang suspek dari dalam rumah membuka pintu dan terus melepaskan tembakan.

Kemudian suspek lain yang bersenjatakan pistol dan parang turut keluar dari pelbagai arah dan bertindak menyerang pasukan serbuan.

Dalam usaha mempertahankan diri serta menghentikan ancaman, pasukan serbuan membalas tembakan dan serangan suspek.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua suspek yang berjaya ditembak mati itu bersenjatakan pistol dan tiga suspek lagi menggunakan parang,” katanya dalam sidang media Op Bersepadu Khas hari ini.

Menurutnya, Mabar Binda dan abangnya yang ditangkap pada 8 Mei lalu pernah terlibat dalam pengeboman di Selatan Filipina dan perkara ini disahkan oleh pasukan keselamatan Filipina.

Kedua-dua pasangan beradik ini pernah terlibat dalam mengebom lori tentera pasukan keselamatan Filipina.

Pada 8 Mei, lapan anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf termasuk dua subketua yang tersenarai dalam orang dikehendaki oleh kerajaan Filipina berjaya ditangkap bersama 29 anggota keluarga mereka.

Tangkapan melibatkan 37 orang warga Filipina termasuk 21 kanak-kanak itu turut dilakukan di kawasan yang sama, berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort.

Hazani berkata, kejayaan kedua-dua operasi khas ini, pasukan keselamatan Sabah berjaya melumpuhkan satu sel Daesh atau ISIS di Sabah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya