LHDN tuntut Muhammad Shafee bayar tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta - Utusan Malaysia

LHDN tuntut Muhammad Shafee bayar tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap peguam terkemuka Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah bagi menuntut pembayaran tunggakan cukai pendapatan bernilai RM9.41 juta.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 6 Mei lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif memfailkan saman itu melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan menamakan Muhammad Shafee, 69, sebagai defendan.

Berdasarkan dokumen yang diperolehi oleh pihak media, Muhammad Shafee mempunyai tunggakan taksiran selama lima tahun iaitu bagi tahun 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016.

Defendan ditaksirkan dengan cukai pendapatan berjumlah RM621,291.85, RM978,854.11, RM3,581,500.000, RM1,735,124.03 dan RM1,826,557.87 melalui notis taksiran bertarikh 27 Mei 2019.

Plaintif mendakwa notis-notis taksiran (tambahan) tersebut telah dihantar secara pos berdaftar pada 31 Mei 2019 ke alamat yang diketahui plaintif pada masa itu iaitu di Bukit Tunku.

Notis-notis itu kemudian tidak pernah dikembalikan kepada plaintif.

Menurut plaintif, defendan gagal membayar jumlah cukai sebanyak RM434,326.37, RM978,854.11, RM3,581,500.00 dan RM1,735,124.03 dan RM1,826,557.87 dalam tempoh 30 hari
daripada tarikh penyampaian.

Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 menyatakan, kenaikan cukai sebanyak 10 peratus masing-masing dikenakan dan ditambah ke atas keseluruhan cukai pendapatan bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 yang masih belum dibayar.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM9,414,708.32, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili defendan berkata, pihaknya belum menerima writ saman itu daripada LHDN dan hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui media.

Dalam pada itu, sumber LHDN mengesahkan belum menyerahkan saman itu kepada Muhammad Shafee dan dijangka akan menyerahkan writ dalam masa terdekat.

ends.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya