Lelaki maut selepas van dirempuh - Utusan Malaysia

Lelaki maut selepas van dirempuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu van maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang memasuki laluan bertentangan dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi dari arah Kajang Utama menghala ke arah Sungai Ramal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.35 pagi apabila ketika pemandu pacuan empat roda itu dari Kajang Utama menghala ke Sungai Ramal dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah van.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah berkata, pada masa sama, sebuah kereta yang datang dari arah belakang van tidak sempat berhenti lalu melanggar kenderaan itu.

“Akibat daripada impak pelanggaran yang kuat, pemandu van mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu pacuan empat roda juga mengalami kecederaan parah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sabri, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berpunca dari pemandu pacuan empat roda yang gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar van sehingga menyebabkan kematian.

Ujarnya, ketiga-tiga kenderaan akan dihantar untuk pemeriksaan Puspakom bagi mengesahkan kerosakan akibat kemalangan tersebut.

“Sampel darah dan air kencing pemandu pacuan empat roda akan dihantar untuk pemeriksaan toksikologi untuk mengesahkan kandungan alkohol dan dadah. Bedah siasat sudah dipohon ke atas mayat pemandu van itu bagi mengesahkan punca kematian. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kes masih dalam siasatan polis,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya