Lebih 16,000 pelajar UiTM pulang ke kampung halaman - Utusan Malaysia

Lebih 16,000 pelajar UiTM pulang ke kampung halaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 16,000 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM dalam kenyataan berkata, pihak universiti telah melakukan persiapan menerusi Ops Pulang Aidilfitri yang dilancarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), minggu lalu.

“UiTM telah menyediakan lebih 200 unit kenderaan pelbagai jenis terdiri daripada bas, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta untuk melancarkan penghantaran pelajarnya ke seluruh negara.

“Penghantaran pulang pelajar ini melibatkan 30 buah kampus dan lebih 700 kakitangan. Agihan kenderaan yang diperlukan di setiap kampus mengikut zon akan ditentukan dalam masa terdekat setelah kesemua pelajar melengkapkan borang soal selidik yang telah diedarkan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pulang ke kampung halaman masing-masing kecuali pelajar yang tinggal di Sarawak.

Dalam pada itu, UiTM berkata, pihaknya akan mengerakkan semua kakitangan pengurusan daripada pelbagai jabatan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej bagi memastikan operasi berjalan lancar.

“Bagi pelajar yang memilih untuk terus tinggal di kampus, pihak universiti akan terus menyantuni mereka sebaik mungkin agar suasana Aidilfitri akan turut diraikan bersama-sama,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN