Lagi PKPD di dua kampung, sebuah sekolah - Utusan Malaysia

Lagi PKPD di dua kampung, sebuah sekolah

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga lokaliti berbeza masing-masing di Perak, Melaka dan Sabah bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 hingga 20 Mei ini ekoran peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti itu antaranya di Kampung Lubok Katak, Tapah, Daerah Batang Padang, Perak dengan 45 kes direkodkan daripada 45 ujian saringan dibuat.

Tidak ketinggalan ialah di Kampung Permatang Tulang, Mukim Sebatu, Daerah Jasin, Melaka yang menyaksikan 83 kes positif baharu daripada sejumlah 458 ujian saringan.

Begitu juga pelaksanaan PKPD di Sekolah Menengah Ugama Pantau Manis, Daerah Papar, Sabah, susulan 16 orang didapati positif setelah sarigan ke atas 441 individu yang terlibat.

“Tiga institusi pendidikan dan dua buah perkampungan ditamatkan PKPD pada esok seperti dijadualkan meliputi dua buah pusat pengajian di Kelantan iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Benggol Chicah, Pasir Mas dan Sekolah Menengah Sains Machang,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, penamatan PKPD turut melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru, Johor yang ujarnya, melaporkan penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta kontak rapat dipantau sehingga hari ke-14.

Di Sarawak, PKPD turut berakhir di Kampung Sileng Dayak, Lundu, namun, berbeza pula di Kampung Rayang, Serian, apabila terpaksa dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 20 Mei depan.

Turut disambung PKPD di Sarawak untuk tempoh sama ialah di Rumah Panjang Giman, Batu 13, Engkamop, Pakan, Sarikei dan lima buah Rumah Panjang Jalan Bukut, Balingian, Mukah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN