KUALA LUMPUR: Labuan dan lapan negeri negeri mencatat kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 melebihi nilai kebangsaan 1.16.
Dalam laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Labuan mendahului dengan nilai Rt tertinggi 1.82.
Lapan lagi negeri yang mencatat nilai Rt melebihi 1.16 ialah Perlis (1.45), Negeri Sembilan (1.40), Melaka dan Sarawak (1.31), Kelantan (1.25), Kedah (1.20) serta Pahang dan Putrajaya (1.19).
Ia disusuli Terengganu (1.16), Perak (1.15), Kuala Lumpur dan Selangor (1.14), Johor (1.11), Sarawak (1.10) dan Pulau Pinang (1.07).
Terdahulu, Labuan merekodkan peningkatan mendadak jangkitan baharu Covid-19 dengan 253 kes berbanding hanya enam kes sebelum ini.
Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini telahpun mencecah 558,534 kes serta 2,650 korban.
Susulan peningkatan jumlah kes penularan wabak Covid-19 itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara bermula Jun ini.