Kursus tarian tradisi dalam talian tingkat promosi sektor pelancongan - Utusan Malaysia

Kursus tarian tradisi dalam talian tingkat promosi sektor pelancongan

Sri Rahayu Tajuddin (kanan) pada sesi majlis prapelancaran dan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sejak pandemik Covid-19, sektor pelancongan antara yang terkesan melibatkan ribuan pekerja yang hilang pendapatan.

Ini kerana, sektor pelancongan sebelum ini antara penyumbang ekonomi terbesar negara dengan mencatatkan kedatangan pelancong sebanyak 6.48 juta pelancong pada suku tahun pertama, 3.24 juta pelancong adalah daripada negara Singapura dan diikuti Indonesia 0.67 juta pelancong dan China 0.38 juta pelancong.

Berikutan itu, bagi merancakkan sektor pelancongan dalam keadaan norma baharu, Universiti Malaya dengan kerjasama Taj Tours Malaysia tampil mengadakan program Tradisi & Irama, sebagai langkah mempromosi Malaysia melalui tarian tradisional.

Menurut Pengarah Urusan Taj Tours Malaysia, Datin Sri Rahayu Tajuddin, program tersebut menawarkan kursus pengajian selama sebulan secara dalam talian sejak semalam iaitu peserta akan didedahkan dengan kronologi dan sejarah tarian tersebut serta diberikan video pendek yang memaparkan rentak tarian bagi tujuan pembelajaran kendiri.

“Taj Tours Malaysia menganjurkan program seni kebudayaan ini menggunakan pendekatan norma baharu dan menggalakkan interaksi melalui kelas dalam talian dan penilaian oleh guru tarian yang diperakui. Pada akhir kursus sebulan ini, peserta akan diberi sijil oleh Taj Tours Malaysia dan Universiti Malaya serta showcase pass  untuk menyaksikan sendiri persembahan tradisional secara live,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Tradisi dan Irama – Seni Tari menampilkan pelbagai tarian tradisional seperti tarian joget, inang dan zapin sebagai permulaan dan pelbagai lagi jenis tarian pada masa akan datang. 

Menurut Sri Rahayu lagi, usaha ini dijalankan bagi memberi pendedahan tentang kepelbagaian seni tarian tradisional kepada orang ramai di dalam dan luar negara tanpa sempadan.

Jelasnya, ia selaras dengan usaha Kementerian Pelancongan untuk memelihara dan melestari industri pelancongan tempatan.

Selain itu, Taj Tours Malaysia juga menawarkan pakej percutian yang merangkumi penginapan, pengangkutan, pakej lengkap makanan serta aktiviti yang menyeronokkan.

“Taj Tours Malaysia menawarkan pakej-pakej yang mempunyai unsur-unsur pembelajaran, pembangunan rohani serta mengetengahkan budaya dan warisan sekali gus memberi pengalaman pelancongan yang luar biasa,” ujarnya lagi.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya