KPN tegah amalan periksa warga asing secara rambang - Utusan Malaysia

KPN tegah amalan periksa warga asing secara rambang

ACRYL SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Amalan pemeriksaan secara rambang ke atas warga asing perlu dihentikan bagi mengelakkan pegawai dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.

Malah, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mereka juga tidak boleh sesuka hati menahan warga asing bagi tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada mempunyai pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya.

Justeru itu, kata beliau, arahan akan dikeluarkan kepada semua Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen supaya menghentikan perkara itu.

“Amalan dan budaya sedemikian adalah satu daripada ruang-ruang yang akan membawa kepada salah guna kuasa oleh polis.

“Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu iaitu memeriksa warga asing secara rambang tanpa alasan yang munasabah,” katanya dalam sidang khas bersama beberapa media dan Utusan Malaysia di sini semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya