Kontraktor ditahan alih penghadang konkrit - Utusan Malaysia

Kontraktor ditahan alih penghadang konkrit

ANGGOTA polis memeriksa penghadang konkrit yang dialihkan oleh seorang kontraktor di Jalan Bukit Tinggi menghala Bukit Pinang, Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR : Tindakan berani seorang lelaki mengalihkan penghadang konkrit yang diletakkan untuk menutup Jalan Bukit Tinggi menghala Bukit Pinang di sini dengan menggunakan jengkaut mengundang padah apabila ditahan polis, semalam.

Lelaki berumur 40-an yang bekerja sebagai kontraktor ditahan ketika sedang bekerja di lokasi tapak pembinaan sebuah rumah di Jalan Pinang Jaya, Kepala Batas di sini pada pukul 2 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, jalan tersebut ditutup bagi menghalang orang awam merentas daerah antara Kubang Pasu dan Kota Setar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Rabu lalu.

Menurutnya, hasil tinjauan pasukan pemantau Covid-19 di jalan tersebut pada pukul 10.30 pagi semalam mendapati penghadang konkrit telah dialihkan.

“Setelah mendapat maklumat, polis berjaya menahan lelaki terbabit. Hasil semakan lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan air kencing juga negatif dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pusat pemeriksaan Covid-19 di Kepala Batas, di sini malam semalam.

Menurutnya, lelaki itu mengaku mengalih
penghadang konkrit itu bagi memudahkan dia ke tempat kerja kerana jalan itu merupakan laluan hariannya.

“Berdasarkan maklumat juga mendapati kerja-kerja pengalihan penghadang konkrit itu dilakukan pada waktu malam dengan jengkaut miliknya,” katanya.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Keseksaan dan Seksyen 427 kanun yang sama. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya