Khairy diingatkan jangan politikkan isu vaksin Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Khairy diingatkan jangan politikkan isu vaksin Pulau Pinang

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin diingatkan tidak mempolitikkan isu tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 Sinovac kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, sepatutnya Khairy perlu menumpukan perhatian kepada usaha mempercepatkan kadar pemberian vaksin kepada rakyat negara ini yang masih perlahan.

Katanya, bagi Pulau Pinang setakat 18 Mei lalu, sebanyak 688,615 individu iaitu sekitar 50 peratus rakyat telah mendaftar untuk menerima vaksin.

Bagaimanapun, jelasnya, daripada jumlah ini, hanya 73,531 orang iaitu sekitar 5.3 peratus yang telah menerima vaksin.

“Jika tidak benarkan Pulau Pinang beli sendiri vaksin, kita akan tunggu bekalan daripada Pusat, jangan politikan isu dan kita bersedia untuk bantu apabila bekalan vaksin tiba,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau Pasar Awam Jelutong, di sini semalam.

Khairy dalam sidang medianya semalam menjelaskan tawaran dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma kepada kerajaan Pulau Pinang adalah tidak sahih dan palsu.

Ini kerana jelas beliau, pihaknya mendapati syarikat yang membuat tawaran berkenaan, Xintai Development Enterprise Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong tidak wujud.

Mengulas lanjut, Jagdeep berkata, menerusi perbandingan yang dibuat oleh New York Times, daripada 100 orang rakyat negara ini, hanya enam yang telah divaksin berbanding di Singapura yang mana dalam 100 orang rakyat negara itu, 60 telah divaksin.

“Ini menunjukkan program kita mengalami kelewatan yang mesti ditangani, kita perlu cepat dapatkan bekalan vaksin.

“RM5 bilion telah diperuntukkan namun lihat sahaja pada kadar mereka yang telah menerima vaksin, sepatutnya bulan depan (Jun) kita telah selesaikan fasa ketiga,” katanya.

Dalam perkembangan lain Jagdeep berkata, Pasar Awam Jelutong yang ditutup sejak Isnin lalu selepas empat peniaga dikesan positif Covid-19 hanya akan dibuka semula selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai menjalankan penilaian.

“Pada masa ini lebih 200 peniaga dan penjaja di sini perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dan kesemua mereka perlu menyerahkan keputusan ujian saringan kepada KKM,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya