Ketupat palas penyeri Aidilfitri keluarga Habsah - Utusan Malaysia

Ketupat palas penyeri Aidilfitri keluarga Habsah

HABSAH Noor membuat ketupat di rumahnya Kampung Paya Ular, Bunut Susu, Pasir Mas. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Ketupat palas menjadi pengubat kesedihan sebuah keluarga di Kampung Paya Ular, Bunut Susu, di sini yang terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Habsah Noor, 64, berkata, walaupun menyambut hari lebaran dalam suasana ‘terkurung’ tahun ini, namun, dia tetap menyediakan hidangan ketupat itu untuk dijamah pada 1 Syawal yang jatuh pada hari Khamis.

Menurutnya, Syawal kali ini, dia menggunakan sebanyak dua kilogram beras pulut untuk dijadikan ketupat.

“Saya harap anak-anak dan cucu yang berada di rumah sebelah gembira meraikan Aidilfitri walaupun dalam sederhana kerana diuji dengan Covid-19 dan PKPD,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Habsah memberitahu, dia dan seluruh ahli keluarga telah menjalani ujian calitan Covid-19 selepas 64 penduduk telah dikesan pandemik berkenaan.

“Saya harap penduduk terus berdoa agar Covid-19 yang menyerang kawasan ini segera beredar agar kita semua dapat kembali jalani kehidupan normal,” ujarnya.

Selain Kampung Paya Ular, Tualang dan Bechah Palas turut dikenakan PKPD bermula 9 Mei hingga 22 Mei. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya