Ketua Polis Daerah Marang nafi keluar peringatan patuh SOP PKP - Utusan Malaysia

Ketua Polis Daerah Marang nafi keluar peringatan patuh SOP PKP

PERINGATAN pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Ketua Polis Daerah Marang disahkan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Peringatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Ketua Polis Daerah ini yang tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam disahkan palsu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian untuk peringatan masyarakat.

“Kenyataan itu palsu dan saya memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak benar.

“Mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, peringatan yang tular itu meminta warga Marang berwaspada dengan pelaksanaan pematuhan PKP oleh polis yang berkuatkuasa malam tadi kerana mana-mana individu atau kumpulan yang berada di luar rumah atau premis melebihi pukul 10 malam tanpa alasan munasabah akan dikompaun.

Nilai kompaun yang dikenakan ialah antara RM2,000 hingga RM5,000 mengikut kesalahan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya