Kes guru rentas negeri: Taman Abaka dikenakan PKPD - Utusan Malaysia

Kes guru rentas negeri: Taman Abaka dikenakan PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua penduduk di Taman Abaka, Ladang Table, Mukim Merotai, Bahagian Tawau, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa hingga 7 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan kewujudan Kluster Abaka yang menyaksikan 38 kes positif disebabkan tindakan seorang guru dan isterinya masuk ke Sabah dari Labuan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

“Langkah tersebut bagi membolehkan pengesanan awal kes agar dapat diasingkan segera dan terus memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mendedahkan Kluster Abaka yang dikesan ketika proses ujian saringan pada 14 Mei lalu melibatkan seorang guru lelaki dan pasangannya yang disahkan positif sebelum balik ke Labuan setelah masuk ke negeri itu pada 8 Mei dan terlibat aktiviti kunjung-mengunjung.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, PKPD di Kampung Keramat, Daerah Semporna, juga di Bahagian Tawau, Sabah ditamatkan esok seperti dijadualkan berikutan trend kes menunjukkan penurunan dan kluster terkawal manakala semua kes positif pandemik itu sudah pun dirawat.

Sepanjang tempoh PKPD selama 14 hari itu ujarnya, pihak kementerian berkenaan telah melaksanakan 138 ujian saringan dan hanya 19 individu di kampung tersebut disahkan positif. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya