Kenyataan Iswardy bukannya pendirian PKR - Utusan Malaysia

Kenyataan Iswardy bukannya pendirian PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PKR mengesahkan Iswardy Morni adalah seorang anggota biasa parti yang berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak dan tidak memegang apa-apa jawatan di dalam hierarki pimpinan PKR negeri mahupun Pusat.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil setelah pimpinan parti itu mengambil maklum sebuah video YouTube yang dimuatnaik yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut beliau, kenyataan-kenyataan Iswardy tidak sama sekali mewakili pendirian PKR sebagai sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti.

“Ucapan beliau di dalam video-video sebelum ini pernah dibangkit dan dibincang di dalam Biro Politik Keadilan (PKR), dan keputusan diambil seawal April lalu dengan memberi amaran keras kepada beliau,” katanya dalam laman sosial facebook.

Katanya, parti juga sudah memberi amaran tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk memecat Iswardy sekiranya beliau mengulangi perbuatan yang sama. 

“Namun, oleh kerana isu video itu sudah menjadi kes siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Keadilan akan menunggu hasil siasatan tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap beliau,” katanya.

Semalam, tular video Iswardy yang mendakwa Seri Paduka seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 selain mempersoalkan sama ada Yang di-Pertuan Agong ada menerima video dibuat individu lain mendakwa beliau ada menghina Seri Paduka.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya