Kenapa benci kepada bapa tiri? - Utusan Malaysia

Kenapa benci kepada bapa tiri?

SHAMSUL AMAR RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang remaja menanggung derita selama dua tahun apabila bapa tirinya memaksanya memegang kemaluannya sepanjang isterinya tiada di rumah.

Bagaimanapun, penderitaan tersebut berakhir apabila lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini kira-kira pukul pukul 12.50 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku apabila suspek yang tidak bekerja telah menghalau mangsa dari rumahnya pukul 3 petang pada Jumaat lalu.

Menurutnya, suspek menghalau mangsa kerana terjumpa sekeping kertas di beg sekolah mangsa yang bertulis “Benci kepada bapa tiri”.

“Mangsa telah pergi ke rumah rakan sekolahnya dan menceritakan perkara tersebut. 

“Siasatan mendapati mangsa menulis kenyataan tersebut kerana marah dan benci dengan perbuatan bapa tirinya yang telah memaksanya memegang kemaluan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Shamsul Amar, siasatan mendapati mangsa telah dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu sejak 2019 ketika isterinya tiada di rumah.

“Suspek kini direman selama enam hari sehingga 1 Jun hadapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya