Kelas bahasa Inggeris percuma untuk murid tahun 4-6 di Manir - Utusan Malaysia

Kelas bahasa Inggeris percuma untuk murid tahun 4-6 di Manir

MOHD. SHAHEER IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kelas bahasa Inggeris percuma akan diadakan untuk murid-murid tahun empat hingga enam di sekitar Manir di sini pada cuti penggal persekolahan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Manir, Mohd. Shaheer Ibrahim berkata, inisiatif julung kali itu sekali gus dapat memastikan golongan murid kurang berkemampuan dan B40 menikmati pendidikan tambahan selain di sekolah.

Katanya, buat permulaan, seramai 100 orang disasarkan menerima manfaat daripada program yang bermula pada 1 Jun ini.

“Kelas tuisyen dalam talian secara percuma ini merupakan sebahagian daripada usaha DUN Manir bagi memastikan adik-adik yang kurang berkemampuan dapat mengikuti kelas tambahan di luar institusi sekolah sama seperti rakan-rakan lain yang berkemampuan.

“Pendidikan merupakan kunci utama dan jalan keluar daripada belenggu kemiskinan, jadi, golongan itu wajar diberikan hak untuk pendidikan tambahan dan seterusnya menyuntik semangat mereka untuk terus berjaya dalam kehidupan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Mohd. Shaheer, kelas bahasa Inggeris percuma itu akan dikendalikan oleh Muis Aminudin yang berpengalaman selama empat tahun mengajar subjek Malaysia University English Test (MUET) untuk pelajar tingkatan enam.

Katanya, mereka yang ingin mendaftar boleh menghubungi talian 013-2115876. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN