Kelantan negeri paling kritikal - Utusan Malaysia

Kelantan negeri paling kritikal

PETUGAS barisan hadapan Hospital Raja Perempuan Zainab II diletakkan dalan keadaan bersiap sedia di Bahagian Kecemasan dan Trauma hospital itu di Kota Bharu, semalam. –MINGGUAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Meskipun Sela­ngor ‘juara’ dari segi bilangan jangkitan Covid-19 di negara ini dengan lebih 1,000 kes sehari, situasi sebenar pandemik tersebut semakin memburuk dan lebih kritikal di Kelantan.

Perkara itu diukur berdasarkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian negeri ini yang direkodkan paling tinggi di Malaysia, serta melepasi bacaan pering­kat nasional selama 14 hari berturut-turut.

Bacaan Rt Kelantan pernah mencecah 1.53 pada 22 April lalu, iaitu kadar paling tinggi pernah direkodkan di seluruh negara untuk empat bulan pertama tahun ini.

Hari ini bacaan Rt Kelantan menurun kepada 1.23 namun kekal tertinggi di Malaysia manakala Selangor di tempat kedua dengan 1.20. Bacaan tersebut juga masih mengatasi peringkat nasional 1.14.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin menjelaskan, semakin tinggi bacaan Rt bermakna semakin pantas pandemik Covid-19 menular di sesebuah lokasi setiap hari.

Mengambil contoh bacaan Rt terkini Kelantan iaitu 1.23 jelas beliau, angka itu bermaksud bagi setiap 100 pesakit Covid-19 di negeri ini, seramai 123 individu lagi bakal dijangkiti dalam pusingan seterusnya.

“Kes Covid-19 meningkat terlalu mendadak dan tinggi di Kelantan, malah bacaan Rt ne­geri ini melebihi paras 1.0 sudah lebih daripada sebulan.

“Ini antara faktor kenapa Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun Selangor dan Sarawak kes hariannya lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dr. Zaini berkata, kadar penularan Covid-19 yang pantas di Kelantan membimbangkan sedangkan, secara relatifnya negeri ini kurang padat dan bilangan penduduk lebih sedikit berbanding Selangor.

“Perlu diambil kira fasiliti kesihatan awam dan swasta di Kelantan yang lebih rendah berbanding Selangor. Juga dengan faktor logistik yang menunjukkan Kelantan keting­galan,’’ katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya