Kelantan beri kelonggaran had jemaah di masjid-masjid utama - Utusan Malaysia

Kelantan beri kelonggaran had jemaah di masjid-masjid utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan solat sunat tarawih, fardu dan Jumaat di 17 masjid bandar, negeri serta jajahan di negeri ini dengan kapasiti 70 peratus, berbanding 50 peratus sebelum ini.

Selain itu Gua Musang yang kes Covid-19 kekal rendah setakat ini mendapat kelonggaran tambahan apabila selain masjid bandar dan jajahannya, masjid mukim juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti sama.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Kadir berkata, meskipun diberi kelonggaran 70 peratus daripada kapasiti sebenar, penjarakan saf masih diwajibkan untuk diguna pakai di setiap masjid terlibat.

Kata beliau, kelonggaran itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam menjalani ibadat di masjid pada hari-hari terakhir Ramadan tahun ini.

“Masjid mukim, surau dan musolla di jajahan lain masih ditutup untuk semua aktiviti namun imam tua, imam muda, bilal dan siak dikehendaki hadir bertugas untuk solat Jumaat, solat fardu dan solat tarawih di masjid serta surau masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Tengku Temenggung Kelantan itu, aktiviti-aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain masih tidak dibenarkan.

Katanya, kebenaran itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sebagaimana dalam peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya