Kelantan benarkan 50 jemaah solat Aidilfitri, Jumaat dan fardu - Utusan Malaysia

Kelantan benarkan 50 jemaah solat Aidilfitri, Jumaat dan fardu

MASJID Al-Ismaili di Pasir Pekan, Tumpat antara masjid yang dibenarkan mengadakan solat sunat Aidilfitri, Jumaat dan fardu terhad kepada 50 jemaah berkuat kuasa esok. - UTUSAN/ZULHANIFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan solat sunat Aidilfitri, solat fardu dan solat Jumaat di 17 masjid negeri, bandar dan jajahan dengan 50 jemaah berkuat kuasa esok.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Kadir berkata, ketetapan sama turut terpakai kepada 37 masjid mukim kategori A di seluruh negeri ini

‘Bagi masjid mukim besar dan kecil hanya dibenarkan 20 jemaah manakala surau dan musolla hanya dibenarkan empat kakitangan sahaja.

“Para jemaah hendaklah berada dalam saf dengan penjarakan dua meter mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). Ketetapan ini berkuat kuasa 12 Mei 2021 sehingga tarikh akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

17 masjid negeri, bandar dan jajahan terbabit antaranya Masjid Muhammadi, Kota Bharu; Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian; Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan dan Masjid Muhammad II, Telipot dan Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh;

Turut termasuk Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar; Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa; Masjid Ismaili Tumpat; Masjid Mahmoodi, Bachok; Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh; Masjid Sultan Yahya Petra, Machang; Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai.

Ketetapan itu juga melibatkan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra,Gua Musang; Masjid Sultan Muhammad I, Jeli; Masjid Sultan Muhammad III, Pasir Mas; Masjid Ismail Petra, Tanah Merah dan Masjid Bandar An-Nur Guchil, Kuala Krai. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya