Kawal kesesakan di bazar Aidilfitri Stadium Darul Aman - Utusan Malaysia

Kawal kesesakan di bazar Aidilfitri Stadium Darul Aman

SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang memenuhi bazar Aidilfitri, Stadium Darul Aman di Alor Setar, malam semalam. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kesesakan di bazar Aidilfitri, Stadium Darul Aman di sini perlu dikawal dengan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan ke situ selain beberapa inisiatif yang boleh diambil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd. Johan Rizal berkata, antara kaedah yang boleh dilaksanakan adalah penambahan penguat kuasa di kawasan tersebut bagi melakukan pemantauan.

Selain itu, katanya, pengunjung juga mungkin boleh dilepaskan secara berperingkat atau secara berkelompok di samping hanya membenarkan ketua keluarga serta seorang pembantu terdiri daripada kaum ibu, berkunjung ke bazar tersebut.

“Selain itu, pihak terbabit boleh juga mengkaji cadangan untuk melaksanakan pembelian secara pandu lalu. Dalam masa sama, PBT diharap membantu peniaga mempromosikan platform ‘E-Bazar’ bagi merancakkan pembelian secara dalam talian.

“Ini antara perkara yang perlu diberi perhatian. Dalam pada kita sering melaungkan norma baharu kepada rakyat, kita malangnya masih juga menggunakan kaedah lama tanpa ada pembaharuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, di pihak peniaga pula, mereka dicadangkan supaya mewujudkan kumpulan bermotor untuk melaksanakan penjualan secara penghantaran terus.

“Kerajaan serta PBT juga mungkin boleh membuat tawaran untuk memberi rebat sewaan, pampasan mahu pun bayaran ganti rugi kepada mana-mana peniaga yang secara suka rela menutup perniagaan akibat penularan Covid-19,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN