CALIFORNIA: Sebahagian masyarakat Yahudi di Amerika Syarikat mengadakan solidariti secara maya dalam usaha menyokong Palestin dan menentang keganasan Israel ke atas negara tersebut.
Solidariti yang dijalankan oleh gerakan yang dikenali sebagai ‘Suara Yahudi Untuk Keamanan (JVP) berpangkalan di California, Amerika Syarikat itu telah mendapat banyak sambutan dari komuniti Yahudi di sana.
Peserta menghantar gambar mereka bersama plakad yang mengecam Israel seperti “Datuk saya selamat dari Aushwitz bukan untuk mengebom Gaza.” dan “Sebagai seorang Yahudi, saya menentang penjajahan ke atas Palestin.”
JVP merupakan sebuah gerakan atau pertubuhan yang menentang segala bentuk keganasan dan penjajahan ke atas negara asing.
Antara misi utama JVP ialah meminta supaya Israel menamatkan penjajahan ke atas West Bank, Gaza dan Jerusalem Timur serta menamatkan segala keganasan ke atas penduduk awam.