Juruteknik maut dihempap paip gas 8 tan - Utusan Malaysia

Juruteknik maut dihempap paip gas 8 tan

BOMBA membawa mayat Ahmad Shahir Hasauddin selepas dihempap paip saluran gas seberat lapan tan di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN/PIX

KEMAMAN: Seorang juruteknik maut dihempap sebatang paip saluran gas seberat kira-kira lapan tan di sebuah bengkel di kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Ahmad Shahir Hasauddin, 29, dari Kampung Paya Berenjut, Cukai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, semasa kejadian mangsa difahamkan mengecat paip yang baharu dikimpal di bengkel fabrikasi saluran paip gas berkenaan.

“Mangsa yang dalam posisi mencangkung tidak sempat mengelak paip besi berhampiran yang tiba-tiba terjatuh dan bergolek sebelum menghempapnya,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Hanyan berkata, mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan forklift dan mayatnya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,

Katanya, polis akan melakukan siasatan sama ada wujud unsur kecuaian atau perbuatan menyalahi undang-undang dalam kejadian itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya