Juruteknik ditahan tunjuk kemaluan kepada jiran - Utusan Malaysia

Juruteknik ditahan tunjuk kemaluan kepada jiran

SHAMSUL AMAR RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG: Tindakan seorang juruteknik yang melakukan perbuatan terkutuk dengan menunjukkan kemaluannya terhadap remaja perempuan merupakan jirannya membawa padah apabila dia ditahan semalam.

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2 petang selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam Ahad lalu apabila remaja perempuan yang berusia 14 tahun itu sedang memberikan makanan kucing di hadapan rumahnya di sekitar daerah ini.

“Bagaimanapun, suspek yang merupakan jiran datang ke rumah mangsa dan berbual-bual. Namun, secara tiba-tiba suspek bertindak memegang dan mengeluarkan kemaluannya serta menunjukkan kepada mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek terus berlari dan masuk ke dalam rumah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Shamsul Amar, siasatan pihaknya mendapati suspek yang bekerja sebagai juruteknik di salah sebuah pelabuhan di sini tidak mempunyai masalah mental.

“Malah, ujian air kencing terhadap suspek juga mendapati negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. 

“Suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya