Jangan lupa rukun hidup bermasyarakat - Agong - Utusan Malaysia

Jangan lupa rukun hidup bermasyarakat – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua pihak tidak melupakan rukun hidup bermasyarakat, lebih-lebih ketika berdepan cabaran getir situasi semasa penularan pandemik Covid-19.

Al-Sultan Abdullah dalam titahnya turut menyedari rakyat terpaksa akur dengan pelbagai peraturan yang dikuat kuasa bagi membendung penularan pandemik Covid-19 termasuk pelaksanaan kebiasaan baharu demi kebaikan bersama.

Seri Paduka menzahirkan harapan agar rakyat terus kekal mengamalkan semangat ukhwah di samping menanam sifat kesabaran dari seluruh rakyat Malaysia.

Seri Paduka sentiasa mendengar keluh kesah sebilangan rakyat yang terkesan dengan pelbagai dugaan yang melanda.

“Marilah kita bersyukur kerana masih lagi dapat melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan dan dikurniakan kesihatan untuk menyambut kedatangan Syawal,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka dalam masa yang sama menitahkan agar penghargaan diberikan kepada semua petugas barisan harapan negara antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); petugas perkhidmatan kesihatan dan semua agensi kerajaan yang diamanah menjaga kesejahteraan serta keamanan negara.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan dengan penuh rasa kesyukuran.

“Teruskan melangkah ke hadapan dengan menjaga kesihatan diri dan mematuhi semua peraturan yang telah digariskan. Insyaallah berkat kesatuan seluruh rakyat Malaysia, Beta yakin negara akan berupaya untuk membendung penularan pandemik Covid-19,” titah Seri Paduka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya