Israel harus dihukum, solidariti bersama Palestin - Utusan Malaysia

Israel harus dihukum, solidariti bersama Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengutuk keras penindasan Zionis terhadap Palestin dan mahu masyarakat terus teguh bersolidariti bersama Palestin.
Dalam satu kenyataan media bersama, Pemuda PN menegaskan, tindakan undang-undang sewajarnya dikenakan kepada Israel yang telah banyak terlibat dengan jenayah perang terhadap Palestin.

“Pemuda PN bertegas dan tuntas mengambil pendirian dan ketetapan untuk bersolidariti dengan teguh bersama rakyat dan negara Palestin yang dirobek martabat dan kedaulatan mereka.

“Israel perlu bertanggungjawab di atas pencerobohan dan pembunuhan yang telah berlaku. Justeru, setiap yang bertanggungjawab perlu dihadapkan ke pengadilan International Criminal Court (ICC),” katanya dalam kenyataan itu.

Tindak balas pemerintah Zionis terhadap protes warga Palestin melalui tindakan ketenteraan yang memusnah dan menghancurkan bangunan dan kediaman serta mengakibatkan pembunuhan terhadap wanita, kanak-kanak serta warga yang tidak berdosa juga adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Pengeboman dan pembunuhan yang berlaku memperlihatkan sikap extremisme Zionis untuk melakukan pembersihan etnik demi mengabadikan Israel sebagai sebuah negara apartheid Zionis.

Kenyataan itu adalah daripada Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin; Ketua Armada Bersatu Nasional, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ketua Pemuda STAR, Rizal Johari; Ketua Pemuda SAPP, Jamain Sarudin dan Pemangku Ketua Pemuda Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) Pusat, Wong Chia Zhen.

Tambahnya, Pemuda PN menyokong penuh usaha kerajaan bersama-sama kerajaan republik Indonesia dan kerajaan Brunei mengutuk serangan zalim Israel terhadap Palestin.
“Kita berkongsi pandangan yang sama supaya komuniti antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak segera bagi menghentikan keganasan rejim Israel dan menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.

“Israel dan Amerika Syarikat (AS) harus berlaku jujur dan adil dengan perjanjian untuk menubuhkan negara berdaulat Palestin dengan garis sempadan sebelum tahun 1967,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya