Insentif tanaman jagung disediakan - Utusan Malaysia

Insentif tanaman jagung disediakan

RONALD Kiandee (dua dari kanan) menunjukkan buku Inspirasi Agropreneur Muda pada program pelancaran My Best Buy Aidilfitri di Wisma Tani, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menggalakkan pemain industri pertanian menceburi tanaman penting bagi mengurangkan kebergantungan bahan import dari luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pihaknya gembira untuk melihat lebih ramai pemain industri menceburi dalam tanaman jagung agar bekalan bahan makanan itu tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya dari luar negara.

“Sebagai pelaksanaan dasar, kita akan galakkan mereka memperluaskan tanaman jagung melalui insentif-insentif yang disediakan bagi perancangan ini,” katanya selepas merasmikan pelancaran My Best Buy Aidilfitri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff yang menyifatkan kementerian itu didakwa gagal mengawal kenaikan harga dedak menjadi punca harga daging lembu tempatan naik mendadak pada musim Ramadan dan dijangka berlarutan hingga Aidilfitri.

Sementara itu pada majlis berkenaan, Ronald mengharapkan program My Best Buy Aidilfitri yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam memberi manfaat kepada peniaga dan pelanggan.

“Program seumpama ini akan dapat membantu usahawan kecil mempromosi usaha mereka tidak hanya tertakluk sektor makanan sahaja tetapi produk lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya