Hospital Sungai Buloh simpan mayat dalam kontena - Utusan Malaysia

Hospital Sungai Buloh simpan mayat dalam kontena

KONTENA yang digunakan untuk menempatkan mayat pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, Selangor di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guna kontena simpan mayat. Begitulah keadaan di Hospital Sungai Buloh selepas jumlah korban kian meningkat yang kini terpaksa menggunakan kontena bagi menyimpan jenazah.

Kementerian Kesihatan menerusi ciapan di Twitte berkata, Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan mayat yang meninggal dunia akibat Covid-19.

“”Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana Covid-19.

” Hari ini (semalam), enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu,” katanya semalam.

Kes Covid-19 sebelum ini mencatatkan peningkatan mendadak termasuk jumlah kematian tertinggi dicatatkan sebanyak 44 orang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya