Hospital medan kekurangan doktor, paramedik - Utusan Malaysia

Hospital medan kekurangan doktor, paramedik

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 doktor dan 100 paramedik diperlukan hospital medan bagi menampung keperluan tambahan sedia ada di beberapa negeri sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kekurangan tersebut penting bagi merawat pesakit bukan Covid-19 di samping menampung pesakit yang ditempat di unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu katanya, pihaknya juga memerlukan peralatan tambahan untuk digunakan di hospital medan yang dijangka ditambah nanti.

” Kita kekurangan doktor, paramedik dan peralatan. Jika kita dapat tambahan tiga elemen ini kita boleh bina lebih banyak lagi hospital medan. Kemampuan kita setakat ini menempatkan beberapa hospital medan seperti di Taman Ekspo Pertanian Serdang (Maeps); Kapit, Sarawak; Tawau, Sabah; Pokok Sena, Kedah dan Pulau Pinang untuk ICU.

” Tapi kita boleh tambah lagi hospital medan ikut keperluan Kementerian Kesihatan. Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia bantu kerajaan. Jika kita nak nak gunakan doktor dan jururawat, kita takut kita kekurangan tenaga di hospital tentera pula,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini .

Tambah Ismail Sabri, sebanyak 18 katil ditempatkan untuk kegunaan hospital medan di Pulau Pinang bagi membantu menampung pesakit ICU.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi mengisi kekosongan tersebut termasuk mempercepatkan pengambilan kakitangan kontrak -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya