ADUN DAP penting diri sendiri, tidak faham emosi orang di negara lain - Utusan Malaysia

ADUN DAP penting diri sendiri, tidak faham emosi orang di negara lain

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim, diselar kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pemimpin negara.

Beliau diselar Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, yang menyifatkan sikap sedemikian tidak sepatutnya ada pada seorang wakil rakyat.

Lebih-lebih lagi kata-kata kasar itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu sedang menyampaikan ucapan menyentuh isu krisis peringkat antarabangsa.

“Chang Khim mesti memahami perasaan dan emosi orang di negara lain juga, tidaklah mementingkan diri sendiri sahaja.

“Kerana sebagai ADUN, beliau boleh tidak setuju atau ada pendirian yang tidak sama.

“Tetapi sebagai wakil rakyat, beliau tidak berhak menggunakan perkataan yang kasar untuk marah pemimpin negara iaitu Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, Chang Khim mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Muhyiddin dalam hantaran Facebooknya dan meminta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu supaya lebih fokus kepada permasalahan dalam negara terutama berkaitan pandemik Covid-19.

Veteran DAP itu menyelar Perdana Menteri yang menyampaikan perutusan khas berkaitan krisis kemanusiaan berlaku antara Israel dan Palestin pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Dominic Lau turut menzahirkan sokongan terhadap Muhyiddin berhubung isu kemanusiaan yang dibangkitkan termasuk gesaan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengambil tindakan terhadap Israel.

Katanya, untuk bersolidariti bersama Gaza, tidak semestinya perlu dilakukan oleh orang Muslim semata-mata, sebaliknya hanya perlu menjadi ‘manusia’.

“Sebagai parti Gerakan, kita sokong tindakan Perdana Menteri, kita katakan setuju kutuk sekeras-kerasnya tindakan regim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

“Saya yakin PBB pun tidak boleh terima, tetapi saya pun tak faham kenapa Majlis Keselamatan PBB masih membisu. Mereka perlu mengambil tindakan terhadap Israel,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya