Had masa sejam sukar dipantau - Utusan Malaysia

Had masa sejam sukar dipantau

PENGAWAL keselamatan Centre Point Sabah di Kota Kinabalu memeriksa aplikasi MySejahtera salah seorang pelanggan di pintu masuk utama pusat membeli belah berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat di pusat beli belah di negeri ini tidak menghalang orang ramai untuk terus mengunjunginya.

Tinjauan di pusat beli belah Centre Point Sabah hari ini mendapati, orang ramai masih membeli barangan keperluan masing-masing sehingga melebih tempoh yang ditetapkan.

Di bawah SOP baharu yang berkuat kuasa semalam, pengunjung pusat beli belah dan pasar raya hanya dibenarkan berada dalam pusat beli belah selama sejam sahaja bagi mengelakkan kesesakan pelanggan.

Pengurusan Centre Point Sabah ketika ditemui Utusan Malaysia memaklumkan perubahan masa operasi sehingga 9 malam tidak begitu memberi kesan kepada waktu operasi mereka pada hari-hari biasa sehingga 9.30 malam.

Namun, penetapan had masa selama sejam bagi setiap pengunjung di pusat membeli belah agak sukar untuk dipantau.

“Misalnya, untuk masuk dan membeli barang di dalam satu kedai sahaja sudah mengambil masa hampir sejam.

“Memang sukar untuk pengurusan kawal setiap pelanggan yang masuk ke dalam pusat beli belah. Namun, difahamkan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga melakukan pemantauan SOP,” katanya.

Menurutnya, mereka juga telah mengeluarkan notis makluman mengenai SOP baharu kepada setiap penyewa di pusat beli belah tersebut.

“Disamping itu, kaunter informasi juga akan membuat pengumuman setiap jam bagi mengingatkan pelanggan mengenai kebenaran untuk berada di dalam pusat membeli belah selama sejam sahaja.

“Kami turut memberi peringatan mengenai pematuhan SOP. Di pintu masuk utama, pengawal keselamatan yang bertugas akan memeriksa aplikasi MySejahtera setiap pelanggan yang masuk bagi memastikan hanya pelanggan yang berisiko rendah sahaja dibenarkan masuk,” katanya.

Mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baharu yang bermula semalam hingga 7 Jun ini, operasi pusat membeli belah dan pasar raya di Sabah disingkatkan sehingga 9 malam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya