ATM pantau keselamatan siber - Utusan Malaysia

ATM pantau keselamatan siber

AFFENDI BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Arahan pemantauan berhubung aspek keselamatan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tular sebelum ini adalah pelaksanaan normal bagi menghadapi kemungkinan tindak balas serangan membabitkan anasir luar.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ATM sentiasa memantau aspek keselamatan dan pertahanan siber setiap masa bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani sewajarnya.

” Adalah ditegaskan bahawa ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa melalui peranan yang digerakkan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM yang memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.

“Ini berlanjutan tular arahan dan langkah sewajarnya yang perlu diambil oleh pentadbir sistem siber ATM dan Kementerian Pertahanan yang dikeluarkan CDOC ATM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini CDOC ATM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di peringkat dalaman telah mengeluarkan amaran menyatakan infrastruktur siber perkhidmatan itu menjadi sasaran Israel sebagai serangan balas beberapa kumpulan penggodam di Malaysia.

Menurut kenyataan itu, terdapat peningkatan aktiviti serangan balas terhadap infrastruktur siber ATM rentetan pelancaran penggodaman menerusi #OpsBedil dan #OpsIsrael. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya