MANILA: Gempa bumi sekuat 5.8 pada skala Richter melanda wilayah Mindoro, Filipina dan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Metro Manila.
Menurut Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina seperti dipetik portal berita Rappler, kejadian berlaku pada pukul 9.09 pagi tadi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi itu.