Gangguan seksual dalam kalangan atlet perlu diberhentikan - Utusan Malaysia

Gangguan seksual dalam kalangan atlet perlu diberhentikan

ROZIANI MAAROF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat diminta memainkan peranan dengan mewujudkan Biro Pengaduan bertujuan memantau salah laku seksual dalam kalangan jurulatih mahupun atlet yang berlaku di pusat latihan sukan di seluruh negara.

Naib Pejuanita Muda Malaysia (Penaja), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Roziani Maarof berkata, gangguan seksual terhadap atlet perlu ditangani segera agar tempat latihan dan kawasan persekitaran bebas dan selamat daripada jenayah tersebut.

“Kami memandang serius isu ini dan menggesa semua aduan berkaitan gangguan seksual yang berlaku kepada atlet wanita wajib diambil tindakan dan ditangani dengan tegas.

“Hal ini kerana gangguan dan serangan seksual bukanlah suatu masalah yang baharu di negara kita dan sejak akhir-akhir ini, ia semakin meruncing dan amat membimbangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang atlet mendakwa diganggu dan diserang gangguan seksual oleh jurulatihnya ketika masih remaja.

Difahamkan atlet tersebut terpaksa melalui gangguan seksual itu selama bertahun-tahun, selain perkara sama berlaku terhadap rakan-rakan sepasukannya.

Tambah Roziani, kesan daripada gangguan seksual turut memberi impak buruk kepada prestasi, emosi dan maruah atlet.

“Perasaan trauma yang dialami oleh atlet akan berterusan menjadi igauan buruk sepanjang hayat. Lebih malang lagi, jenayah ini jarang dilaporkan atau disenyapkan tanpa mendapat pengadilan yang sewajarnya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya