Empat pecah kedai jam ditahan - Utusan Malaysia

Empat pecah kedai jam ditahan

JAM tangan yang dirampas selepas penahanan empat individu termasuk seorang wanita di sekitar daerah Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Empat individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat kes pecah sebuah kedai jam ditahan di sekitar daerah ini pagi tadi.

Pemburuan selama 21 hari itu berjaya menahan kesemua suspek yang berusia 19 hingga 38 tahun kira-kira pukul 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima aduan daripada peniaga jam tangan berusia 60 tahun itu pada 29 April lalu.

Menurut beliau, pengadu menyatakan kedainya di Taman Bayu Perdana dipecah masuk penyamun pada pukul 10.30 pagi.

“Mangsa yang juga seorang wanita mendapati kedainya dipecah masuk melalui pintu belakang dengan terdapat kesan dipotong pada pintu gril.

“Pemeriksaan mendapati hampir kesemua jam tangan pelbagai jenama di paparan kaca telah dilarikan. Malah kunci pada kaunter paparan kaca itu dirosakkan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Shamsul Amar, bertindak atas maklumat pihaknya menahan keempat-empat suspek dan menemukan 41 jam tangan pelbagai jenama.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut. Semakan juga mendapati dua daripada suspek ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua mereka kini direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya