Dulu babi liar, sekarang ular sawa - Utusan Malaysia

Dulu babi liar, sekarang ular sawa

SEORANG anggota bomba dan dua anggota APM berjaya menangkap ular sawa batik sepanjang empat meter dan seberat 20 kilogram di Taman Muzaffar Shah, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Taman Muzzafar Shah, Ayer Keroh di sini yang sering dikaitkan dengan kehadiran sekumpulan babi liar yang kerap muncul di kawasan tersebut, kali ini gempar dengan kehadiran ular sawa batik.

Dalam kejadian pukul 11.00 malam tadi, seorang penduduk terkejut melihat ular sawa sepanjang empat meter dan seberat 20 kilogram di belakang rumahnya di Jalan Seri Mahkota 2.

Ibrahim berkata, apabila menyedari kehadiran reptilia itu cuba membelit kucingnya, dia lantas menghubungi Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) taman berkenaan, Abdul Rashid Alip.

“Abdul Rashid terus menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Tengah. Mereka tiba tidak lama kemudian untuk menangkap ular berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata, dua anggota bomba dan tiga anggota APM pada mulanya gagal menangkap reptilia tersebut yang berjaya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

Jelasnya, anggota terbabit terus mengejar ular sawa terbabit, lantas berjaya menangkapnya selepas hampir 40 minit.

Menurutnya, itu adalah kejadian pertama ular sawa batik dilihat di kawasan rumah penduduk.

Abdul Rashid menambah, penduduk di taman tersebut masih berhadapan dengan masalah kehadiran babi liar terutama di Jalan Sri Raya 4 dan Jalan Sri Raya 7.

Jelasnya, haiwan tersebut kerap berkeliaran terutama selepas waktu Maghrib hingga Subuh dan menjadikan sasaran tanaman penduduk untuk dirosakkan dan tong-tong sampah pula diterbalikkan.

“Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri telah datang untuk menangkap haiwan tersebut. Dapat hanya dua atau tiga ekor tetapi haiwan itu masih lagi dilihat berkeliaran,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya