Duit raya lesap, kereta tak dapat - Utusan Malaysia

Duit raya lesap, kereta tak dapat

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hasrat seorang pemandu lori ingin melaram dengan kereta Honda City menjelang Aidilfitri bertukar duka akibat ditipu penjual kenderaan di Facebook.

Kejadian di Temerloh itu bermula Januari lalu apabila lelaki berusia 56 tahun itu dimaklumkan rakannya tentang jualan Honda City terpakai berharga RM9,200.

Mangsa menjadi semakin berminat untuk membeli kenderaan itu apabila ditawarkan diskaun sehingga RM6,200 sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa lantas menghubungi penjual kenderaan tersebut pada hari sama.

“Suspek kemudiannya meminta mangsa membuat bayaran tempahan kereta serta pelbagai urusan lain. Pada 9 Februari hingga 30 April, mangsa membuat lapan transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun berbeza berjumlah keseluruhan RM14,850,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa masih tidak menerima kereta tersebut meskipun telah melakukan pelbagai transaksi.

Menurutnya, suspek sekali lagi menghubungi mangsa pada Sabtu lalu dan meminta tambahan bayaran RM1,000 untuk urusan menghantar kereta.

Tambah beliau, mangsa bagaimanapun memaklumkan sudah tidak mempunyai wang untuk membuat sebarang bayaran.

“Suspek serta-merta menyekat nombor telefon mangsa apabila ditanya lebih lanjut tentang kereta tersebut.

“Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Temerloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya