Duduk rumah, jangan keluar beraya - Utusan Malaysia

Duduk rumah, jangan keluar beraya

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyampaikan pelitup muka, fon telinga dan pensanitasi tangan kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di Serdang, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Para pelajar institusi pengajian tinggi dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga menasihati mereka agar duduk di rumah bersama keluarga dan tidak ke mana-mana bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

“Dalam kita menyambut hari raya, saya berharap kita memberi komitmen sepenuhnya untuk patuh SOP bagi membantu barisan hadapan.

“Sokongan moral kita kepada pihak mereka adalah dengan duduk di rumah dan gunakan teknologi untuk berhubung semasa hari raya,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian semasa meninjau proses pergerakan pulang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri di sini, kelmarin.

Beliau turut mengedarkan pelitup muka, fon telinga dan pensanitasi tangan kepada para pelajar UPM yang pulang ke kampung halaman.

Sementara itu, pergerakan pelajar UPM disusun secara berperingkat mengikut zon. Pelajar yang ingin pulang ke Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) dan Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) bergerak pada 7 Mei lalu.

Pelajar pulang ke Zon Tengah (Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan  Putrajaya) pada 8 Mei, pelajar  ke Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) pada 9 Mei manakala pelajar ke Sabah bergerak bermula 7 Mei lalu hingga esok. 

Pelajar akan kembali ke kampus  juga berfasa dan disusun mengikut zon iaitu 17 Mei pelajar dari Zon Utara dan Zon Timur, 18 Mei pelajar dari Zon Tengah, 19 Mei pelajar dari Zon Selatan dan pergerakan pulang pelajar dari Sabah selewat-lewatnya 20 Mei ini. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya