Dua nelayan hilang dalam kejadian ribut di Pantai Remis - Utusan Malaysia

Dua nelayan hilang dalam kejadian ribut di Pantai Remis

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Dua nelayan warga Myanmar yang bekerja dengan bot nelayan tempatan dilaporkan hilang apabila bot mereka karam dalam kejadian ribut di perairan Pantai Remis dekat sini malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 12.35 tengah malam tadi.

“Bot dinaiki dua nelayan itu adalah antara empat bot nelayan kelas B yang dilaporkan karam akibat dilanda ribut ketika keluar menangkap ikan.

“Bagaimanapun, hanya dua nelayan daripada sebuah bot tersebut yang dilaporkan hilang sementara nelayan di tiga bot lain dilaporkan selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Shahrizan, bilangan sebenar mangsa yang dilaporkan hilang masih belum dikenal pasti kerana semua bot yang berpangkalan di Pantai Remis itu dimiliki oleh tiga majikan berbeza.

Katanya, hanya seorang majikan yang membuat laporan polis mengenai kehilangan bot bersama pekerjanya selepas gagal menghubungi mereka pada pukul 8.30 malam tadi.

Shahrizan menjelaskan, pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menugaskan Bot Perkasa 1223 dan Kapal Maritim Nyalau ke lokasi bot tersebut dilaporkan karam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya