Dua lelaki ditahan terlibat dalam kegiatan ah long - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan terlibat dalam kegiatan ah long

RUMAH kedai salah seorang mangsa yang disimbah cat merah oleh ah long di Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 37 dan 44 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang aktif di sekitar daerah ini dan Kluang.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam melakukan perbuatan khianat dengan membaling bom petrol serta menyimbah cat merah di rumah kedai atau kediaman mangsa.

“Susulan sembilan laporan diterima berkaitan peras ugut yang membabitkan perbuatan khianat oleh ah long, dua lelaki berjaya ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Bakri, Muar.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut iaitu satu tin cat berwarna merah, sebotol thinner serta pakaian digunakan suspek semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah dan kini direman selama tiga hari.

Ismail berkata, susulan tangkapan pertama di Bakri, Muar pada Khamis lalu, polis kemudian berjaya mengesan seorang lagi rakan jenayahnya yang merupakan suspek utama juga di kawasan Bakri, semalam.

“Serbuan bersama pasukan polis daerah Muar itu berjaya menahan suspek utama bersama sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang dipercayai digunakan semasa melakukan jenayah.

“Suspek yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah direman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 435 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara selama 14 tahun atau kedua-duanya sekali.

Ismail berkata, tangkapan itu sekaligus berjaya menyelesaikan sembilan laporan berkaitan ugutan ah long di Batu Pahat dan Kluang sepanjang Mei membabitkan lima kes simbah cat dan empat kes membaling bom petrol.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya