Dua beradik pengedar dadah ditahan - Utusan Malaysia

Dua beradik pengedar dadah ditahan

SEBAHAGIAN dadah jenis heroin yang dirampas dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Keladi, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua beradik lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan bersama kira-kira 4.5 kilogram dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM50,000 selepas sebuah rumah di Taman Keladi di sini diserbu semalam.

Dua suspek warga tempatan berusia 44 dah 47 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, serbuan menemukan 29 peket plastik lut sinar pelbagai saiz mengandungi kira-kira 4.5 kilogram dadah jenis heroin.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai aktif mengedar dadah sejak sebulan lalu dan berperanan sebagai penyimpan bekalan dadah dalam kuantiti yang banyak sebelum diserahkan kepada pengedar kecil.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk diedarkan di kawasan Sungai Petani,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua heroin yang dirampas boleh digunakan sehingga 11,100 orang penagih dadah.

Menurut Adzli, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek merupakan penagih tegar heroin dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

“Suspek berusia 47 tahun mempunyai enam rekod jenayah dan lima rekod narkotik manakala adiknya berusia 44 tahun mempunyai dua rekod jenayah dan empat rekod narkotik,” jelasnya.

Tambahnya, mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya