KOTA BHARU: Seorang pengusaha warung makan di Kampung Pauh Dara, Semerak, Pasir Puteh kini dihantui rasa bersalah kerana menjadi punca isteri dan anaknya turut dijangkiti Covid-19. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Roslan Husain, 55, berkata, walaupun dia menutup warungnya sepanjang sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di Kelantan tetapi dia masih tidak terhindar daripada dijangkiti virus itu. “Saya hanya keluar sekali-sekala untuk membeli barang keperluan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Namun sudah menjadi ketentuan-Nya, saya masih terkena penyakit ini. “Pada 16 Mei lalu, saya diserang demam disusuli hilang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya