Cubaan sogok polis RM120,000, juruteknik ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Cubaan sogok polis RM120,000, juruteknik ditahan SPRM

JURUTEKNIK yang dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi membantu siasatan berhubung memberi rasuah kepada seorang pegawai kanan polis bagi tujuan membebaskan rakannya atas tuduhan dadah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hanya kerana mahu melepaskan rakannya akibat kesalahan memiliki dadah, seorang juruteknik penyaman udara sanggup menyogok pegawai kanan polis sebanyak RM120,000 di sebuah stesen minyak di Bandar Sri Damansara, dekat sini semalam.

Bagaimanapun, tindakannya itu membawa padah apabila lelaki berusia 36 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kira-kira pukul 9.25 malam.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden itu terdahulu telah ditawarkan wang tunai RM100,000 oleh juruteknik terbabit.

Menurutnya, dorongan itu adalah bertujuan melepaskan rakannya daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya atas kesalahan memiliki dadah.

Berdasarkan seksyen tersebut, ia memperuntukkan hukuman mati mandatori sekiranya disabitkan kesalahan.

“Bagaimanapun, suspek telah memberikan wang tersebut sebanyak RM120,000 kira-kira 10 minit sebelum ditangkap pada hari yang sama,” kata sumber.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, suspek dibenarkan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali membenarkan suspek direman bermula hari ini selepas dipohon SPRM Selangor.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya