Covid-19: Sultan Perak titah solat hajat - Utusan Malaysia

Covid-19: Sultan Perak titah solat hajat

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan berikutan bilangan kes pesakit Covid-19 yang semakin meningkat dengan angka yang besar.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, sehubungan itu, Sultan Perak bertitah, selain usaha-usaha kesihatan dan perubatan yang dilakukan, baginda menzahirkan titah agar rakyat memohon sebaik-baik dan sebesar-besar pertolongan daripada Allah SWT.

“Dengan itu, baginda menitahkan semua masjid dan surau hendaklah mengadakan solat hajat dengan membaca qunut nazilah selepas menunaikan solat Jumaat pada 25 Ramadan 1422 bersamaan 7 Mei ini memohon ke hadrat Allah SWT agar diberikan perlindungan dan keselamatan daripada ancaman wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Yusop berkata, Sultan Perak juga menasihatkan rakyat semasa melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya, hendaklah disesuaikan dengan norma baharu.

“Baginda bertitah, agar rakyat menjauhkan diri berkunjung ke tempat yang terdapat perhimpunan yang ramai serta tanpa kompromi mematuhi prosedur operasi menurut yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Katanya, Sultan Perak turut menzahirkan penghargaan kepada para petugas di barisan hadapan terutama, para doktor, jururawat dan kakitangan sokongan kesihatan dan perubatan yang menghadapi tekanan di samping menghadapi risiko yang besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya