Covid-19: Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap ditutup - Utusan Malaysia

Covid-19: Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap ditutup

PEJABAT Daerah dan Tanah Padang Terap di Kuala Nerang ditutup sementara mulai esok hingga Selasa ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap di Kuala Nerang dekat sini akan ditutup sementara mulai esok hingga Selasa ini susulan penularan Covid-19 di pejabat tersebut.

Penutupan sementara itu dibuat untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Md. Shuhaime Abdul Rahman berkata, kerja-kerja terbabit telah dilaksanakan oleh jabatan berkenaan kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Terdapat seorang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap disahkan positif Covid-19 selepas dipercayai dijangkiti virus itu daripada anaknya.

“Kakitangan itu sedang dipantau dari rumah selepas keadaannya tidak serius dan kakitangan terbabit juga sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas status seorang individu di Facebook dijangkiti Covid-19 serta meminta orang ramai yang pernah menjadi kontak rapat agar dapat menghubunginya.

Dalam statusi itu, individu itu memaklumkan dia sudah disuntik dua dos vaksin Covid-19 sebelum ini.

Terdahulu dalam notis pemberitahuan yang dikeluarkan pejabat berkenaan, Md. Shuhaime berkata, pejabat itu akan dibuka semula seperti biasa pada Rabu ini.

Katanya, sebarang urusan berkaitan tanah seperti carian, penyaksian, pendaftaran dan sebagainya akan disambung semula pada 12 Mei ini atau setelah keadaan kembali pulih.

“Orang ramai yang ingin menjelaskan bayaran cukai tanah, mereka boleh berbuat demikian menerusi laman https://ibayaq.kedah.gov.my,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya